Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Wanita hamil yang dijangkiti Covid-19 kini boleh pulih di rumah

Oct 23, 2021 | 4:06 PM
-

PROGRAM pemulihan di rumah bagi individu yang dijangkiti Covid-19 akan diperluas kepada wanita hamil yang sudah divaksinasi penuh.

Wanita ini harus berusia di bawah usia 35 tahun, dan hamil kurang 26 minggu, kata Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) pada Sabtu (23 Oktober).

Pesakit ini akan dinilai di hospital terpilih bagi penyesuaian mereka untuk menjalani Program Pemulihan di Rumah (HRP) itu.

Sementara itu, lebih ramai doktor perubatan umum akan menyediakan sokongan telepemantauan (telemonitoring) untuk menyokong individu di bawah HRP, MTF.

Hospital sektor privet pula akan dilibatkan untuk meluaskan kapasiti katil untuk mengurus pesakit Covid-19 dan bukan Covid. Kemudahan Rawatan Covid-19 juga akan disediakan untuk menambah kepada kapasiti di hospital awam, kata MTF.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg