Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Wanita jalani NS? Pelbagai pertimbangan, termasuk keperluan operasi sebenar

Jun 27, 2025 | 6:42 PM
Chun Sing, Hari SAF, wanita dalam NS
Seorang anggota wanita Kor Relawan Angkatan Bersenjata Singapura (SAFVC) yang menjalani latihan ketenteraan asas. - Foto fail

Sama ada wanita dimestikan menjalani Perkhidmatan Negara (NS) bergantung pada keperluan operasi Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), kata Menteri Pertahanan, Encik Chan Chun Sing.

Dalam satu wawancara bersama pihak media baru-baru ini, Encik Chan berkongsi bahawa sekiranya NS dikenakan terhadap kededua lelaki dan wanita, ia mesti dijalankan dengan prinsip asas – yang terutama adalah prinsip kesejagatan.

“Adakah kami akan mengambil langkah mewajibkan NS ke atas wanita satu hari nanti? Kami harus membuat beberapa pertimbangan.

“Pertama, sama ada lelaki atau wanita, jika kami ingin mewajibkan NS, ia harus berlandaskan keperluan operasi yang sebenar dan... ia harus dibuat berdasarkan beberapa prinsip asas,” ujarnya.

Namun demikian, beliau akur berasa amat terharu dengan bilangan askar wanita yang berkhidmat dalam pelbagai formasi dan unit utama dalam SAF pada hari ini.

Memberi respons kepada pertanyaan Berita Harian (BH), jurucakap Mindef berkata askar wanita sepenuh masa membentuk kira-kira 8 peratus daripada bilangan anggota keseluruhan, atau lebih 1,800 anggota.

Encik Chan juga berkata Kor Relawan Angkatan Bersenjata Singapura (SAFVC) mendapat sokongan dan minat kukuh daripada mereka yang ingin menyertai kor tersebut.

Beliau berkongsi bahawa hari ini, terdapat lapan pemohon bagi setiap anggota yang dipilih untuk menyertai SAFVC.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg