SEORANG wanita meninggal dunia selepas dihempap pokok tumbang di Taman Marsiling pagi Khamis (18 Feb). Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata mereka diberitahu tentang kejadian itu pada 8.15 pagi dan mendapati seseorang terperangkap di bawah pokok yang tumbang. Pegawai SCDF menggunakan perkakas untuk memotong pokok dan menarik keluar wanita 38 tahun itu yang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik. Kejadian tersebut kini di bawah siasatan.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg