NUR YUSRINA YA'AKOB menawan Gunung Everest Mei lalu, tetapi pencapaiannya itu telah menawan imaginasi dan memberi inspirasi kepada ramai di Singapura.

Kejayaan Cik Nur Yusrina, 30 tahun memacak bendera negara di puncak gunung setinggi 8,848 meter itu juga antara sebab beliau dipilih sebagai penerima Anugerah Jauhari Harapan Berita Harian 2017.

Cik Nur Yusrina berkata:

"Mudah-mudahan, mereka juga terdorong mencapai impian dan mengharungi cabaran mereka sendiri bukan sekadar untuk mendaki gunung, malah apa sahaja impian mereka."

Beliau memenangi wang tunai $5,000 tajaan institut pendidikan MDIS, yang telah menaja anugerah ini sejak 2013.