Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Wanita yang salah guna wang syarikat lebih $220,000 diberkas

Jun 9, 2020 | 12:15 PM
DIBERKAS POLIS: Seorang wanita berusia 52 tahun telah diberkas kerana disyaki terlibat dalam kes pecah amanah oleh pekerja.
DIBERKAS POLIS: Seorang wanita berusia 52 tahun telah diberkas kerana disyaki terlibat dalam kes pecah amanah oleh pekerja. - - Foto: FAIL

SEORANG wanita berusia 52 tahun telah diberkas kerana disyaki terlibat dalam kes pecah amanah oleh pekerja.

Wanita itu sebelum ini bekerja sebagai pengurus kewangan di sebuah syarikat yang berurusan dengan produk keselamatan perindustrian. Antara Mei 2017 dengan April 2020, wanita itu dikatakan menyalahgunakan wang syarikat berjumlah lebih $220,000. Wang itu dipercayai merupakan bayaran yang dibuat oleh klien syarikat itu. Menerusi siasatan yang dijalankan, Divisyen Polis Clementi mengenal pasti wanita itu dan memberkasnya semalam. Wanita itu akan didakwa di mahkamah hari ini bagi kesalahan pecah amanah oleh pekerja, dan jika didapati bersalah akan menghadapi hukuman penjara sehingga 15 tahun tahun dan didenda.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg