Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Warees peruntuk $700,000 sebagai bantuan kewangan untuk penyewa, golongan memerlukan

Apr 27, 2020 | 2:15 PM
HULUR BANTUAN: Warees Investments Pte Ltd, akan memperuntukkan $700,000 bagi agihan sebagai bantuan kewangan untuk penyewa komersial, golongan susah dan mereka yang memerlukan.
HULUR BANTUAN: Warees Investments Pte Ltd, akan memperuntukkan $700,000 bagi agihan sebagai bantuan kewangan untuk penyewa komersial, golongan susah dan mereka yang memerlukan. - - Foto: FAIL

ANAK syarikat milik penuh Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Warees Investments Pte Ltd, akan memperuntukkan $700,000 bagi agihan sebagai bantuan kewangan untuk penyewa komersial, golongan susah dan mereka yang memerlukan.

Menurut Warees, $300,000 daripada peruntukan itu akan digunakan sebagai rebat sewa untuk penyewa komersial dan sumbangan bagi pertubuhan kebajikan yang menyediakan bantuan kewangan serta bantuan lain kepada golongan yang menghadapi kesukaran dan cabaran di tengah-tengah penularan Covid-19.

"Warees mengiktiraf hubungan niaga jangka panjang yang ia jalin dengan penyewa komersial. Kerana itu, ia telah menyediakan pakej bantuan yang dilakar khas untuk penyewa, ini termasuk mengagihkan sepenuhnya rebat cukai hartanah yang digunakan untuk menampung sewa selama satu bulan. Warees akan juga memberi pengecualian sewa untuk satu bulan lagi bergantung kepada perniagaan," menurut Warees dalam kenyataannya.

Ketua Pegawai Eksekutif Warees Investments, Encik Zaini Osman berkata, penularan Covid-19 telah menyebabkan kesan buruk ke atas perniagaan dan masyarakat.

"Kami akui akan pentingnya menyokong para penyewa kami di dalam perniagaan mereka dan mengekalkan hubungan jangka panjang. Kami juga benar-benar terjejas dengan krisis ini, tetapi menjadi tanggungjawab kami untuk ke depan dan menghulurkan bantuan tambahan mengikut kemampuan kami. Diharapkan kita dapat mengharungi masa sukar ini bersama-sama," katanya.

Sementara itu, Warees menyalurkan sejumlah $50,000 kepada beberapa pertubuhan Melayu/Islam; Dana Amanah TAA, Kelab Heal, Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS), Persatuan Bertindak Ginjal Bagi Masyarakat Islam (MKAC) dan Inisiatif Makanan Buka Puasa #SGUnited.

Menurut Warees, lebihan $400,000 akan digunakan untuk menggajikan tenaga kerja tambahan dan meneruskan sokongan bagi program latihan amali. "Sebagai sebahagian daripada usaha syarikat kami untuk menyediakan sokongan bagi menampung langkah-langkah tambahan yang menjejas sektor hartanah, Warees merancang menyediakan peluang pekerjaan jangka pendek dalam pelbagai bidang perniagaan kami, selain meneruskan program latihan amali untuk dijalankan tahun ini demi memastikan pelajar pengajian tinggi diberi pendedahan dan peluang pembelajaran walaupun di tengah-tengah sekitaran niaga yang mencabar," kata Warees.

Daya usaha ini akan dipromosikan menerusi Pasukan Bertindak #SGTeguhBersatu yang akan melihat pada usaha pengerahan aset dan sumber masyarakat bagi menyokong pekerja. Waress akan berbincang dengan Mendaki Sense untuk menghubungkan pekerja dengan pelbagai jawatan kosong dalam syarikatnya.

Selain laman mencari kerja #SGTeguhBersatu, butiran lanjut tentang peluang pekerjaan jangka pendek akan disediakan di laman korporat Warees di www.warees.sg

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg