Topik diikuti
Pergi ke BHkuWarga Britain dalam perhimpunan terlarang di atas kapal layar dekat Pulau Lazarus dilarang bekerja di S'pura
Warga Britain dalam perhimpunan terlarang di atas kapal layar dekat Pulau Lazarus dilarang bekerja di S'pura
Warga Britain dalam perhimpunan terlarang di atas kapal layar dekat Pulau Lazarus dilarang bekerja di S'pura
Warga Britain Amy Grace Ropner adalah salah satu daripada 10 orang yang telah menaiki kapal itu pada 26 Disember lalu. - KELVIN CHNG, BU HUI YAN/FACEBOOOK
Mar 6, 2021 | 8:50 PM
“
PEMEGANG pas kerja yang mengambil bahagian dalam perhimpunan terlarang di kapal layar dekat Pulau Lazarus tahun lalu telah dilarang bekerja di Singapura, kata Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada Sabtu (6 Mac). Warga Britain Amy Grace Ropner, 28 tahun, adalah salah satu daripada 10 orang yang telah menaiki kapal itu pada 26 Disember lalu. Kumpulan itu telah berinteraksi tanpa memakai pelitup semasa perjumpaan sosial dihadkan ke lima orang. Pas kerjanya telah dibatalkan oleh bekas majikannya terlebih dahulu, kata MOM kepada The Straits Times. Pada Isnin, Ropner, serta penduduk tetap Singapura, Mark Lau San Mao, 30 tahun, didenda $3,000 kerana melanggar langkah jarak selamat Covid-19. Kedua-duanya mengaku bersalah kepada satu kesalahan di bawah Akta Covid-19 (Langkah Sementara).--
