Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Warga China ditangkap cipta perisian bolehkan penjenayah curi berbilion dolar

May 30, 2024 | 5:00 PM
alamat IP
Salah satu domain yang digunakan untuk menjual akses kepada alamat Protokol Internet (IP) terjejas yang telah dirampas oleh agensi penguatkuasaan undang-undang. - Foto TANGKAP LAYAR DARI INTERNET

Seorang warga China berusia 35 tahun telah ditangkap di Singapura kerana mencipta dan mengendalikan perisian hasad ‘malware’, yang mengakibatkan rangkaian komputer zombi dan membenarkan penjenayah siber mencuri berbilion dolar.

Wang Yunhe telah ditangkap pada 24 Mei, dalam operasi pelbagai bidang kuasa yang dipimpin oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat.

Pasukan Polis Singapura (SPF) adalah antara agensi penguatkuasaan undang-undang yang mengambil bahagian dalam siasatan antarabangsa.

Dalam satu kenyataan pada 29 Mei, DOJ berkata Wang telah didakwa bekerjasama dengan individu lain antara 2014 dengan Julai 2022, untuk mencipta dan menyebarkan 911 S5 Botnet kepada berjuta-juta komputer Windows beroperasi dari rumah di seluruh dunia.

Botnet merujuk kepada peranti bercampur ‘malware’ yang telah dirampas oleh penggodam, tanpa pengetahuan pemiliknya.

Menurut Penolong Timbalan Ketua Peguam Negara, Cik Nicole Argentieri, yang juga ketua Bahagian Jenayah DOJ, Wang didakwa mencipta perisian ‘malware’ yang menjejas berjuta-juta komputer kediaman di seluruh dunia, dan kemudian menjual akses kepada komputer yang dicemari kepada penjenayah siber.

“Penjenayah ini menggunakan komputer yang dirampas untuk menyembunyikan identiti mereka dan melakukan pelbagai jenayah, daripada penipuan kepada mengintai di siber,” tambahnya.

DOJ berkata lebih 19 juta alamat Protokol Internet (IP) – dengan ciri-ciri unik yang mengenal pasti setiap komputer – akhirnya menjadi sebahagian daripada “rangkaian terbesar di dunia yang pernah ada”.

“Botnet 911 S5 menjangkiti komputer di hampir 200 negara, dan memudahkan pelbagai jenis jenayah komputer dilakukan, termasuk penipuan kewangan, mencuri identiti dan eksploitasi kanak-kanak,” kata Pengarah Biro Siasatan Federal (FBI), Encik Christopher Wray.

DOJ berkata bahawa Wang, yang juga memegang kewarganegaraan St Kitts dan Nevis, didakwa menerima AS$99 juta ($134 juta) daripada penjenayah siber yang menggunakan rangkaiannya, sejak dari 2018 hingga Julai 2022.

Dia menggunakan wang itu untuk membeli 21 hartanah di seluruh Amerika, St Kitts dan Nevis, Singapura, Thailand, China dan Amiriah Arab Bersatu UAE).

Dokumen mahkamah Amerika menunjukkan dia menetap di hartanah yang dimilikinya di Singapura, Thailand dan China, serta memiliki dan mengendalikan beberapa syarikat dalam pelbagai bidang kuasa.

Dia juga merupakan pemegang saham tunggal dalam Eternal Code, syarikat pemborong perisian komputer yang kini tidak lagi beroperasi.

Dokumen mahkamah menyifatkan firma yang didaftarkan Wang sebagai “syarikat shell yang digunakannya untuk menyembunyikan identiti dan perkhidmatan 911 S5 yang tidak sah serta hasil berkaitannya”.

Berpuluh-puluh aset dan hartanya mungkin dirampas, kata DOJ.

Ia termasuk kereta Ferrari F8 Spider 2022 yang didaftarkan di Singapura, akaun bank dengan CIMB Bank, Citibank Singapura dan bank-bank di Thailand, unit kondominium di Angullia Park, dan jam tangan Patek Philippe.

“Penjenayah ini menggunakan komputer yang dirampas untuk menyembunyikan identiti mereka dan melakukan pelbagai jenayah, daripada penipuan kepada mengintai di siber.”
Penolong Timbalan Ketua Peguam Negara (Amerika Syarikat), Cik Nicole Argentieri.
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg