Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Warga emas ditemui mati dalam bilik mandi di hotel Grand Copthorne Waterfront

Aug 23, 2018 | 5:15 PM
DITEMUI MENINGGAL DUNIA: Seorang lelaki ditemui dalam keadaan tidak bergerak dan disahkan meninggal dunia oleh paramedik di hotel Grand Copthorne Waterfront.
DITEMUI MENINGGAL DUNIA: Seorang lelaki ditemui dalam keadaan tidak bergerak dan disahkan meninggal dunia oleh paramedik di hotel Grand Copthorne Waterfront. - Foto GOOGLE MAPS

SEORANG lelaki berusia 64 tahun ditemui meninggal dunia di hotel Grand Copthorne Waterfront Rabu lalu (15 Ogos).

Menurut polis, mereka dimaklumkan tentang satu kes kematian luar biasa di 392 Havelock Road pada 2.59 petang pada 15 Ogos lalu.

Lelaki itu ditemui terbaring dan tidak bergerak. Beliau kemudian disahkan meninggal dunia oleh paramedik di tempat kejadian.

Menurut akhbar The Straits Times, lelaki itu merupakan seorang warga China dan ditemui dalam tab mandi di kamarnya di tingkat 11.

Difahamkan, lelaki itu juga ditemui seorang diri dan tidak mempunyai kesan luka di badannya.

Siasatan polis sedang dijalankan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg