Warga emas mungkin tetap rasa sunyi dan terasing walau tinggal bersama keluarga: Kajian

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Warga emas mungkin tetap rasa sunyi dan terasing walau tinggal bersama keluarga: Kajian

Aug 27, 2021 | 5:30 AM

Warga emas mungkin tetap rasa sunyi dan terasing walau tinggal bersama keluarga: Kajian

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
WARGA EMAS YANG KESUNYIAN: Daripada seramai 1,021 warga emas yang membentuk data hubungan sosial yang terputus, seramai 804 tinggal bersama keluarga mereka, seramai 70 tinggal bersama saudara atau rakan lain dan seramai 147 tinggal bersendirian, menurut satu kajian setempat. - Foto fail
WARGA EMAS YANG KESUNYIAN: Daripada seramai 1,021 warga emas yang membentuk data hubungan sosial yang terputus, seramai 804 tinggal bersama keluarga mereka, seramai 70 tinggal bersama saudara atau rakan lain dan seramai 147 tinggal bersendirian, menurut satu kajian setempat. - Foto fail -

SATU kajian setempat mendapati bahawa warga emas yang tinggal bersama keluarga mereka masih boleh berasa terasing secara sosial dan kesunyian.

Lebih separuh daripada warga emas yang melaporkan perasaan sedemikian berkata mereka tidak mempunyai orang yang boleh dihubungi untuk mendapatkan bantuan.

Daripada seramai 1,021 warga emas yang membentuk data hubungan sosial yang terputus, seramai 804 tinggal bersama keluarga mereka, seramai 70 tinggal bersama saudara atau rakan lain dan seramai 147 tinggal bersendirian.

"Walaupun tinggal bersendirian dikaitkan dengan hubungan sosial yang terputus, kebanyakan individu yang terputus secara sosial tinggal bersama keluarga," kata ketua penyelidik kajian itu, Profesor Koh Woon Puay dari Sekolah Perubatan NUS Yong Loo Lin.

Kajian tersebut melibatkan data yang dikumpulkan daripada 16,943 warga emas yang merupakan sebahagian daripada Kajian Kesihatan Cina Singapura.

Peserta berusia rata-rata 73 tahun, lapor The Straits Times.

Data daripada kajian itu, yang kali pertama dikumpul pada era 1990-an tetapi mempunyai tiga kajian susulan sejak itu, telah menyumbang kepada sekitar 400 kertas kajian.

Walaupun penyelidikan baru-baru ini dilakukan dengan data yang dikumpulkan daripada responden Cina sahaja, Profesor Koh berkata penyelidikan itu juga relevan bagi kaum lain.

Pasukan dari Universiti Nasional Singapura (NUS) itu, yang dipimpin bersama Profesor Madya Feng Qiushi dari Fakulti Sastera dan Sains Kemasyarakatan, telah memeriksa data untuk faktor sosiodemografi dan kesihatan yang berkaitan dengan pemutusan hubungan sosial dalam kalangan warga emas di Singapura, serta peranan faktor tempat kediaman.

Pemutusan hubungan sosial ialah kekurangan hubungan sosial, emosi dan fizikal dengan orang lain, dan dikaitkan rapat dengan pengasingan sosial dan kesunyian.

Kajian tersebut mentakrifkan peserta yang terputus secara sosial sebagai mereka yang memberi respons dalam skala 10 peratus paling rendah berkenaan tanggapan sokongan sosial, dan mereka yang menghabiskan kurang sejam seminggu dalam kumpulan lebih tiga individu dengan orang di luar keluarga mereka.

Ia mendapati bahawa 6 peratus warga emas terputus secara sosial.

Dalam kumpulan ini, 62 peratus menunjukkan mereka tidak mempunyai individu khusus sebagai tempat mengadu apabila mereka menghadapi masalah peribadi.

Dalam kalangan mereka yang tinggal bersendirian, golongan lelaki lebih dua kali ganda berkemungkinan mengalami pemutusan hubungan sosial berbanding wanita.

Data juga menunjukkan bahawa tanpa mengira tempat tinggal, faktor-faktor seperti tahap pendidikan rendah, gangguan kognitif, kesihatan (dinilai sendiri) yang kurang baik, kemurungan dan kesukaran menjalani kegiatan seharian semuanya berkaitan dengan pengalaman hubungan sosial yang terputus.

Profesor Koh berkata kajian itu adalah peringatan bahawa pemutusan hubungan sosial boleh menjadi masalah yang lebih besar dalam masa terdekat memandangkan trend penduduk yang menua, dan dengan lebih ramai warga emas yang tinggal sendirian.

"Walaupun tinggal bersendirian dikaitkan dengan hubungan sosial yang terputus, kebanyakan individu yang terputus secara sosial tinggal bersama keluarga." - Ketua penyelidik kajian itu, Profesor Koh Woon Puay dari Sekolah Perubatan NUS Yong Loo Lin.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg