Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Warga emas tidak sepi walau hidup bersendiri

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga emas tidak sepi walau hidup bersendiri

Apr 05, 2024 | 02:20 PM



Sahur Cik Hadijah Ahmad setiap hari di bulan Ramadan senyap dan tenteram, tidak seperti ramai orang lain yang biasanya dikelilingi keluarga.

Duduk berseorangan, beliau menikmati hanya roti ataupun juadah daripada santapan buka puasa pada malam sebelumnya yang terhidang di meja.

Cik Hadijah, 87 tahun, merupakan antara warga emas yang hidup bersendirian di Singapura.

Namun, ibu empat anak dan nenek 10 cucu itu tidak pernah rasa sunyi mahupun sepi walaupun hidup bersendirian.

Ini kerana selain dikunjungi anak-anak dan cucu setiap minggu, ada seorang pendamping yang datang menjenguk beliau di rumah sekali sekala dan sering menghubunginya melalui telefon untuk bertanya khabar.

“Saya nak hidup berdikari, tak mahu susahkan anak-anak. Sudah lebih 30 tahun saya hidup sendiri, jadi saya sudah biasa,” kata Cik Hadijah, atau lebih mesra dengan sapaan Mak Jah.

Cik Hadijah, yang kini tinggal di sebuah flat fleksi dua bilik di kawasan Taman Jurong, memilih untuk hidup sendiri setelah suami beliau meninggal dunia pada 1991 akibat kemalangan motosikal.

Walaupun usia beliau hampir mencecah 90 tahun, beliau tetap aktif dan masih kuat melakukan kegiatan harian tanpa memerlukan bantuan.

“Setiap hari, selepas saya bangun dan solat, saya akan buat kerja rumah. Kadangkala, saya pergi ke pasar di Boon Lay atau Geylang Serai, naik bas 30,” kongsi beliau.

Meski hidup seorang diri, Cik Hadijah berkata beliau tidak pernah rasa terpencil sebab rapat dengan jiran-jiran satu blok dan juga mempunyai seorang pendamping, Cik Maimunah Ibrahim, 65 tahun, yang datang mengunjungi beliau di rumah sekurang-kurangnya sebulan sekali dan kerap menelefon beliau.

Semasa Ramadan, pendamping itu mengunjungi Cik Hadijah beberapa kali sebulan untuk melihat jika ada keperluan yang perlu dipenuhi.

Cik Maimunah, seorang pendamping bersama badan amal Thye Hua Kwan sejak 2013 dan juga anggota Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) Kelab Masyarakat Taman Jurong sejak setahun lalu, berkata:

“Waktu Ramadan ini, saya jenguk Mak Jah dengan lebih kerap untuk lihat jika beliau mahu minta apa-apa. Biasanya, saya luangkan masa sekitar setengah jam untuk tanya khabar dan keadaan.

“Jika saya tidak jenguk, saya akan hubungi Mak Jah. Mak Jah kadangkala akan tanya ‘Munah tak datang sini?’.”







Ditanya bagaimana Cik Hadijah biasanya menyambut Ramadan, beliau berkongsi bahawa bulan suci itu diraikannya secara sederhana dan “biasa-biasa” sahaja, dengan beliau selalu masak juadah untuk makan dua hari.

Apabila anak-anaknya hendak datang mengunjungi beliau, mereka akan menghubungi ibu tersayang terdahulu untuk bertanyakan jika ada makanan yang ingin Cik Hadijah makan.

“Sahur selalu saya makan roti. Buka saya makan nasi.

“Kadang ada kawan-kawan yang ajak saya pergi Geylang, jadi saya pergilah. Tetapi saya banyak jalan sendiri,” ujar beliau.

Cik Maimunah, yang kini mendampingi sekitar 20 warga emas, berkata beliau memerhatikan terdapat lebih ramai warga emas yang hidup seorang diri sejak kebelakangan ini – sesuatu yang membimbangkan beliau.

Oleh itu, beliau berkata lebih ramai pendamping dan sukarelawan diperlukan untuk menemani warga emas sedemikian agar mereka dapat meniti usia senja tanpa rasa terpencil dan rasa selamat.

“Peranan pendamping ini sangat penting, lebih-lebih lagi dengan Singapura yang penduduknya semakin menua. Tugas sebagai pendamping ini membolehkan saya menyumbang kembali kepada masyarakat dan melakukan amal jariah,” kata Cik Maimunah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >