Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Warga Indo lega dah boleh dapatkan ubat di SG...

Jun 4, 2022 | 5:30 AM
- Foto ihsan POPPY SILVIA BACHTIAR
- Foto ihsan POPPY SILVIA BACHTIAR -

SEJAK 2006, Cik Poppy Silvia Bachtiar, 86 tahun, dari Jakarta (gambar kanan), seringkali ke Singapura untuk mendapatkan ubat bagi merawat aritmia jantungnya.

Aritmia ialah masalah pada kadar atau irama degupan jantung.

Ubatnya, Metoprolol Tartrate, tidak boleh didapati di Indonesia dan beliau sering membelinya dari Hospital Mount Elizabeth, di sini.

Namun, akibat pandemik Covid-19 dan penutupan sempadan, beliau terpaksa memesan kepada kenalannya di Singapura untuk membelikan ubatnya itu untuk dihantar kepadanya.

"Ubatnya memang tidak boleh didapati di Jakarta dan ubat yang dibeli seringkali hanya cukup untuk enam bulan.

"Kini, dengan pembukaan sempadan, saya sudah boleh ke Singapura untuk melawat dan juga mendapatkan ubat yang saya perlukan," kata beliau yang juga pernah mendapatkan rawatan di Hospital Gleneagles bagi radang usus kolonnya tidak lama dulu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg