Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Warga Malaysia dipenjara 10 bulan kerana bantu warga Sri Lanka dapatkan pasport palsu

Aug 3, 2018 | 11:54 AM
PASPORT PALSU: Warga Malaysia, Jagathes Kumar Koil Pillai, dipenjara kerana bantu empat warga Sri Lanka (mengikut putaran jam dari atas, kanan) Suresh Sutharshiny, Kalaichandran Vinothan, Kajenthiran Kajeepan dan Krishnapillai Navaraj mendapatkan pasport Malaysia yang palsu.
PASPORT PALSU: Warga Malaysia, Jagathes Kumar Koil Pillai, dipenjara kerana bantu empat warga Sri Lanka (mengikut putaran jam dari atas, kanan) Suresh Sutharshiny, Kalaichandran Vinothan, Kajenthiran Kajeepan dan Krishnapillai Navaraj mendapatkan pasport Malaysia yang palsu. - Foto ICA

SEORANG lelaki warga Malaysia berusia 42 tahun dipenjara 10 bulan kelmarin (1 Ogos) kerana membantu empat warga Sri Lanka mendapatkan pasport Malaysia yang palsu.

Menurut kenyataan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) semalam, Jagathes Kumar Koil Pillai menyerahkan pasport dan tiket penerbangan bagi perjalanan ke Italy kepada warga Sri Lanka itu dalam sebuah tandas di Terminal 1 Lapangan Terbang Changi pada 27 Disember lalu.

Jagathes kemudian pulang ke Malaysia tetapi ditangkap pada 3 Julai lalu di Kuala Lumpur dengan bantuan Pasukan Polis Singapura dan Polis Diraja Malaysia.

Sementara itu, empat warga Sri Lanka itu yang berusia antara 19 dengan 37 tahun ditangkap oleh pegawai ICA dan telah dipenjara lapan bulan pada 12 Januari lalu.

Mereka telah merancang mendapatkan perlindungan di Italy atau Switzerland dan telah membayar seorang ejen Sri Lanka antara 1,000,000 rupee Sri Lanka (S$8,500) dengan 3,000,000 rupee Sri Lanka bagi membantu mereka.

Individu yang didapati memiliki dokumen perjalanan asing yang palsu dengan sengaja boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan didenda sehingga $10,000.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg