Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Warga M’sia ditangkap, lebih 4.7 kg heroin dirampas di Pusat Pemeriksaan Woodlands

Aug 8, 2023 | 12:53 PM
HEROIN DIRAMPAS: 10 bungkusan heroin dengan jumlah berat  4,723 gram ditemui dalam sebuah beg di but kereta berdaftar di Malaysia.
HEROIN DIRAMPAS: 10 bungkusan heroin dengan jumlah berat 4,723 gram ditemui dalam sebuah beg di but kereta berdaftar di Malaysia. - Foto ZAOBAO

Lebih 4.7 kilogram (kg) heroin dirampas daripada sebuah kereta yang berdaftar di Malaysia yang tiba di Pusat Pemeriksaan Woodlands Sabtu lalu.

The Straits Times melaporkan bahawa lelaki warga Malaysia berusia 22 tahun telah ditangkap kerana disyaki melakukan kesalahan dadah, menurut Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dan Biro Narkotik Pusat (CNB) dalam satu kenyataan bersama pada Selasa.

Percubaan penyeludupan itu dipatahkan oleh pegawai ICA yang mengesan beg di but kereta semasa pemeriksaan.

Sebuah bungkusan besar yang dipercayai mengandungi dadah terkawal ditemui dan pegawai CNB segera dimaklumkan, kata pihak berkuasa.

10 bungkusan heroin dengan jumlah berat 4,723 gram ditemui di dalam bungkusan tersebut.

Heroin yang dirampas dianggarkan bernilai lebih $331,400 dan boleh digunakan oleh 2,240 penyalah guna heroin selama seminggu.

Siasatan terhadap kegiatan suspek itu masih dijalankan.

Di bawah undang-undang, mereka yang membawa masuk lebih daripada 15 gram heroin tulen menghadapi hukuman mati.

Pada Mei 2022, hampir 18 kg heroin dirampas daripada sebuah kereta di Pusat Pemeriksaan Woodlands, yang menyebabkan penangkapan tiga suspek di Singapura.

Ini adalah rampasan heroin yang dilaporkan terbesar sejak 2001, apabila pegawai menemui 34.8 kg dadah.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg