Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Warga New Zealand berebut dapatkan makanan segera sedang sekatan dikurangkan

Apr 28, 2020 | 2:48 PM
BELI MAKANAN SEGERA: Penggubal undang-undang Christopher Bishop (kiri) memuat naik gambar di Twitter yang menunjukkan beliau dan isteri Jenna Raeburn bersama makanan dari McDonald's.
BELI MAKANAN SEGERA: Penggubal undang-undang Christopher Bishop (kiri) memuat naik gambar di Twitter yang menunjukkan beliau dan isteri Jenna Raeburn bersama makanan dari McDonald's. - CJSBISHOP/TWITTER

WELLINGTON: Warga New Zealand beratur panjang bagi membeli makanan segera berupa burger, kentang goreng dan kopi untuk dibawa pulang hari ini setelah mereka dibebaskan daripada sekatan sebulan lamanya, yang Perdana Menteri NZ, Cik Jacinda Ardern, menyifatkan sebagai telah berjaya menghapuskan penyebaran koronavirus dalam negera.

Sekitar 400,000 orang kembali ke kerja setelah Cik Ardern menurunkan tahap amaran negara itu, melonggarkan beberapa sekatan pergerakan ketat yang menutup perniagaan selama beberapa minggu sejak 26 Mac. Cik Ardern berkata langkah itu, antara sekatan paling ketat di dunia, telah membuahkan hasil. New Zealand melaporkan hanya 1,122 kes Covid-19 yang disahkan, termasuk 19 kematian, antara bilangan terendah di dunia.

"Kami dapat mengatakan dengan yakin bahawa kami tidak mempunyai penyebaran dalam masyarakat di New Zealand. Cabaran sekarang adalah untuk mengekalkannya," kata Cik Ardern kepada Radio New Zealand pada Selasa. - Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg