Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Warga, PR yang kembali atau transit di S'pura perlu jalani ujian Covid-19 sebelum berangkat, mulai 29 Mei

Hanya pendatang dari negara-negara risiko jangkitan lebih rendah seperti Australia, Brunei, China, New Zealand, Hong Kong dan Macau dikecualikan.
May 26, 2021 | 11:24 PM
-

MULAI Sabtu (29 Mei), semua pendatang yang memasuki Singapura atau ingin transit di sini, termasuk warga dan penduduk tetap perlu menunjukkan hasil negatif bagi ujian reaksi rantai polimerase (PCR), yang dijalani 72 jam sebelum berangkat.

Hanya pendatang yang tiba di sini selepas meluangkan 21 hari terakhir di negara atau daerah yang dianggap berisiko jangkitan Covid-19 lebih rendah dikecualikan, Kementerian Kesihatan (MOH).

Buat masa ini, negara-negara yang dianggap berisiko lebih rendah adalah Australia, Brunei, China, New Zealand, Hong Kong dan Macau.

MOH berkata semua pendatang jangka pendek dan pemegang pas jangka ke Singapura telah dikenakan syarat ujian PCR ini sejak November 2020, tetapi warga dan penduduk dikecualikan kerana ia enggan menyukarkan kumpulan ini jika mereka terpaksa pulang dengan cepat apabila keadaan pandemik di luar negara menjadi semakin teruk.

Mereka hanya perlu menjalani ujian PCR setibanya di Singapura dan menyusuli itu, dikuarantin di pusat notis jangan keluar rumah (SHN) yang ditentukan.

Namun, MOH berkata ia terpaksa berubah sikap dan mengenakan syarat yang sama kepada warga Singapura dan penduduk tetap mulai 11.59 malam pada 29 Mei kerana keadaan pandemik kian teruk kebelakangan ini, dengan kemunculan varian baru dan yang dijangka lebih mudah berjangkit.

Hanya pendatang yang menunjukkan hasil ujian PCR negatif, bagi ujian yang dijalani 72 jam sebelum berangkat akan dibenarkan menaiki penerbangan ke Singapura, kata MOH.

"Semua pendatang kini perlu menunjukkan hasil ujian PCR Covid-19 yang sah di pusat pemeriksaan udara, laut dan darat setibanya di Singapura," kata MOH.

"Pendatang yang tiba di Singapura tanpa hasil ujian negatif yang saja boleh dilarang memasuki Singapura. Permit atau pas penduduk tetap dan pemegang pas jangka panjang yang tidak mematuhi keperluan baru ini boleh dibatalkan."

Pemandu kargo dan kelindan yang menghantar barangan antara Singapura dengan Malaysia dikecualikan daripada ujian PCR sebelum berangkat ini dan hanya perlu menjalani ujian pantas antigen (ART) setibanya di pusat pemeriksaan Singapura di Tuas dan Woodlands. Mereka hanya dibenarkan masuk ke Singapura jika hasil ujian negatif.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg