Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Warga SG kongsi pandangan cabaran perubahan iklim

Nov 10, 2021 | 5:30 AM
KONGSI PERSPEKTIF: Cik Fu (tengah, menghadap kamera) dengan warga Singapura berbincang mengenai cabaran perubahan iklim. - Foto MCI
KONGSI PERSPEKTIF: Cik Fu (tengah, menghadap kamera) dengan warga Singapura berbincang mengenai cabaran perubahan iklim. - Foto MCI -

CIK Grace Fu, yang kini berada di Glasgow, Scotland, telah mengadakan perbincangan dengan rakyat Singapura tentang cabaran yang dihadapi Singapura dalam menangani cabaran perubahan iklim.

Beliau mewakili Singapura dalam rundingan Persidangan Perubahan Iklim COP26.

Cik Fu, yang merupakan Menteri Kemampanan dan Sekitaran, telah bertemu wakil Singapura daripada golongan akademia, kumpulan belia dan perniagaan.

Dalam perbincangan itu, wakil-wakil Singapura telah berkongsi perspektif dan aspirasi mereka untuk mencapai kejayaan COP26.

Beliau turut membincangkan peluang dan cabaran yang dihadapi oleh negara-negara berlainan, dan menekankan peri pentingnya kerjasama antarabangsa untuk meningkatkan usaha mengekang iklim global dan menyalurkan kewangan ke arah usaha mengatasi masalah tersebut.

Dalam satu kenyataan semalam, Cik Fu mengucapkan terima kasih kepada wakil-wakil atas usaha advokasi mereka, sokongan mereka menentang perubahan iklim pada masa yang kritikal ini dan mewakili Singapura di persada global.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg