Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Warga Singapura ditemui selepas hilang di gunung Hokkaido

Oct 18, 2017 | 6:39 PM
-

TOKYO: Empat pendaki- termasuk seorang warga Singapura- yang hilang dalam perjalanan turun dari gunung tertinggi Hokkaido, Ashidake semalam telah ditemui.

Penyiar NHK melaporkan bahawa empat pendaki ditemui pada 5.45 petang tadi (4.45 waktu Singapura) dan pegawai keselamatan sedang berusaha untuk membawa mereka turun dari puncak 2,291 meter di bandar Higashikawa itu.

Keempat-empat pendaki masih hidup.

Polis berkata kesemua daripada mereka didapati sedar, walaupun salah seorang mengalami hipotermia.

Mereka keletihan dan akan bermalam di kawasan gunung di bawah pengawasan pegawai penyelamat, kata NHK, sebelum dibawa turun pagi esok.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg