Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Warga S'pura harus jalani vaksinasi Covid-19 walau kes masyarakat rendah: Gan Kim Yong

Dec 30, 2020 | 6:27 PM
SUNTIKAN PERTAMA: Jururawat kanan, Encik Kho Wei Lian, sedang menyiapkan vaksinasi Covid-19 buat rakan-rakannya di Pusat Nasional Bagi Penyakit Berjangkit (NCID) yang menerima suntikan pertama vaksin berkenaan. - Foto BH oleh KEVIN LIM
SUNTIKAN PERTAMA: Jururawat kanan, Encik Kho Wei Lian, sedang menyiapkan vaksinasi Covid-19 buat rakan-rakannya di Pusat Nasional Bagi Penyakit Berjangkit (NCID) yang menerima suntikan pertama vaksin berkenaan. - Foto BH oleh KEVIN LIM -

WARGA Singapura harus menjalani vaksinasi bagi Covid-19 meskipun bilangan kes masyarakat rendah, kata Menteri Kesihatan, Encik Gan Kim Yong, sambil menekankan penularan wabak selanjutnya boleh berlaku bila-bila masa sahaja.

Dengan melakukan demikian, pelindungan lebih baik akan diraih seisi masyarakat lantas membolehkan kegiatan masyarakat dan ekonomi Singapura kembali secara beransur-ansur seperti biasa secepatnya, tambah Encik Gan pada Rabu (30 Disember).

Vaksinasi juga akan mencegah sistem jagaan kesihatan daripada ditewaskan lantas dapat membentang jalan buat Singapura membuka semula laluan kembaranya.

"Kembara antarabangsa terhenti kerana kawalan sempadan. Dengan vaksinasi, ia akan membolehkan kebanyakan laluan kembara disambung semula dan membolehkan Singapura dijalinkan kembali dengan negara lain di dunia," ujar Encik Gan, yang juga Pengerusi Bersama Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian bagi menangani Covid-19.

Beliau bertemu wartawan di Pusat Nasional Bagi Penyakit Berjangkit (NCID) beberapa jam selepas latihan vaksinasi Covid-19 di Singapura dijalankan dengan suntikan pertama vaksin Pfizer-BioNTech diberikan kepada pekerja jagaan kesihatan di pusat itu.

Ditanya tentang keprihatinannya mengenai vaksin itu, Encik Gan berkata ia memenuhi ketetapan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Penguasa Sains Kesihatan (HSA) dan agensi kawal atur lain.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg