Warga S'pura kini pinjam dari pemiutang berlesen di JB
Premium
Warga S'pura kini pinjam dari pemiutang berlesen di JB
Jul 9, 2017 | 5:30 AM
Warga S'pura kini pinjam dari pemiutang berlesen di JB
KEGIATAN MEMINJAM WANG RENTAS SEMPADAN MEMBIMBANGKAN: Encik Hamid yang dicerut masalah hutang akibat mengambil pinjaman daripada sebuah firma pemiutang berlesen di JB dan firma-firma kredit setempat menunjukkan laporan-laporan yang telah dibuatnya kepada pihak berkuasa termasuk polis. - Foto SAINI SALLEH -
MEREKA yang kesempitan wang kini sanggup merentas sempadan untuk tutup lubang gali lubang dengan meminjam wang daripada pemiutang wang berlesen di Johor Bahru (JB).
Dengan kadar faedah - kononnya hanya 1 peratus sebulan itu - mereka ke sana selepas dirujukkan oleh broker setempat yang dikatakan mempunyai hubungan perniagaan dengan firma-firma pemiutang wang berlesen di JB.

