Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Warga S'pura labur di wadah dagang kripto Torque hilang wang simpanan

Apr 7, 2021 | 5:30 AM
cb3f46b2-f3e4-4847-8d97-a543b5a1df4c
-

SEKITAR 100 orang telah membuat laporan polis terhadap wadah perdagangan dalam talian Torque, pengasasnya dan seorang pekerja dari syarikat tersebut selepas ia mengumumkan penggantungan lebih daripada 14,000 akaun pelabur di 120 negara.

Di dalam surat dan rakaman video kepada pelabur pada 9 Februari, ketua eksekutif firma tersebut, Encik Bernard Ong, 33 tahun, mendakwa salah seorang pekerjanya telah melanggar peraturan syarikat dan kegiatan melabur yang tidak disahkan menyebabkan kerugian yang besar.

Pekerja itu dikatakan tidak dapat dihubungi.

Encik Ong memberitahu akhbar The Straits Times (ST) bahawa lebih daripada 2,000 pelabur Torque adalah warga Singapura.

Pembubaran Torque berlaku ketika harga bitcoin melonjak hampir 500 peratus sejak Oktober tahun lalu kepada hampir AS$60,000 ($80,628) seunit pada Mac.

Dalam surat pekeliling kepada pemiutang yang dikeluarkan minggu lalu, penyelesai hutang Torque dari firma Borelli Walsh berkata sebuah injunksi telah dapat diperolehi dari Mahkamah Tinggi untuk menahan pekerja tersebut daripada melupuskan asetnya.

Penyelesai hutang tersebut menganggarkan tuntutan pemiutang adalah sebanyak AS$325 juta pada 2 Mac, manakala aset kripto di bawah kawalan penyelesai hutang bernilai kira-kira AS$9.1 juta pada 14 Mac.

Daripada 31 laporan polis yang dilihat akhbar ST, separuh daripadanya dibuat oleh karyawan dalam sektor kejuruteraan dan kewangan.

Terdapat juga laporan oleh seorang pemandu penghantaran, seorang jurulatih sukan, seorang pelajar dari Amerika Syarikat, dua suri rumah dan seorang pesara.

Sepertiga daripada laporan tersebut dibuat oleh warga asing melalui wadah dalam talian polis I-Witness.

Ramai pelabur memberitahu akhbar ST bahawa pelaburan mereka dalam bentuk mata wang kripto adalah untuk persaraan mereka, wang pendahuluan untuk rumah, majlis perkahwinan dan pendidikan anak-anak mereka.

Seorang pelabur dari Amerika Syarikat berkata ia bertujuan untuk membayar kos perubatan isteri dan anak perempuannya.

Anak perempuannya baru dimasukkan ke hospital sementara isterinya pula disahkan menghidapi barah.

Pelabur yang cuba untuk mengeluarkan wang mereka pada Februari, beberapa hari sebelum akaun mereka digantung, berkata mereka tidak dapat membuat demikian dan diberitahu bahawa penangguhan adalah disebabkan oleh kekurangan kakitangan di Vietnam, di mana Torque menjalankan operasinya.

Encik Ong memberitahu ST bahawa ia merupakan sesuatu yang menyedihkan apabila beliau mendapat tahu tentang keadaan yang sedang dilalui para pelaburnya.

"Saya tidak menipu sesiapa, dan saya tiada niat untuk menipu sesiapa. Saya bakal mendirikan rumah tangga dan memulakan keluarga.

"Sejak kejadian ini berlaku, saya tidak melarikan diri dan saya sedang membantu penyelesai hutang dalam penyiasatan dan pemulihan yang sedang mereka lakukan," kata Encik Ong.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg