Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Warga S'pura maut dalam nahas di Taiwan, pemandu minum arak

Nov 3, 2022 | 5:30 AM
KEMALANGAN DI TAIWAN: Warga Singapura itu telah menyeberang jalan di mana pejalan kaki tidak dibenarkan apabila beliau dilanggar SUV Porsche putih di sepanjang Jalan Selatan Dunhua di Taipei. - Foto JABATAN POLIS BANDARI TAIPEI
KEMALANGAN DI TAIWAN: Warga Singapura itu telah menyeberang jalan di mana pejalan kaki tidak dibenarkan apabila beliau dilanggar SUV Porsche putih di sepanjang Jalan Selatan Dunhua di Taipei. - Foto JABATAN POLIS BANDARI TAIPEI -

SEORANG warga Singapura terbunuh pada malam Selasa di Taiwan selepas dilanggar oleh pemandu Porsche yang mempunyai tahap alkohol dalam darahnya dilaporkan melebihi had undang-undang.

Mangsa merupakan pramugari United Airlines (UA).

Agensi berita dalam talian Taiwan News melaporkan lelaki itu yang dipercayai berusia 30-an hingga 40-an sedang bercuti dan tiba di Taiwan awal hari itu.

Menurut laporan The Straits Times, tidak diketahui dengan siapa beliau pergi melancong.

Mangsa sedang menyeberang jalan yang bukan untuk pejalan kaki apabila dilanggar oleh sebuah SUV Porsche putih di sepanjang Jalan Selatan Dunhua di Daerah Da'an Taipei pada kira-kira 9 malam.

Taiwan News melaporkan beliau dilanggar dengan kuat sehingga bonet kereta itu kemik teruk.

Mangsa dikejarkan ke hospital namun doktor tidak dapat menyelamatkannya. Beliau disahkan meninggal dunia pada 10 malam itu.

Menurut Taiwan News, pemandu berusia 52 tahun itu, yang namanya hanya diberi sebagai Hsiang, sedang disiasat atas kesalahan terhadap keselamatan awam dan pembunuhan cuai.

Yahoo News melaporkan bahawa Hsiang memberitahu polis dia meminum beberapa gelas wain merah semasa makan malam bersama rakan-rakan dan percaya dia sedar semasa memandu pulang.

Hsiang mendakwa dia tidak memandu laju dan menyalahkan kemalangan itu atas keadaan jalan yang gelap dan hujan.

Tambahnya, lelaki itu secara tiba-tiba meluru di hadapan keretanya.

Berdasarkan alat mengukur jumlah alkohol dalam pernafasannya, paras alkohol dalam darahnya didapati 0.58mg/l. Ini melebihi had undang-undang 0.15mg/l, lapor Taiwan News.

Agensi berita itu menambah bahawa terdapat papan tanda "tiada lintasan pejalan kaki" di jalan di mana nahas itu berlaku.

Sebagai tindak balas kepada pertanyaan daripada The Straits Times, jurucakap UA berkata:

"Kami sedih dengan berita tragedi ini dan berhubung dengan keluarganya melalui Pejabat Perwakilan Singapura di Taipei untuk melakukan segala yang mungkin bagi membantu mereka semasa masa sukar ini."

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg