Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Warga S'pura maut terjatuh di air terjun Gunung Pulai di Johor

Jul 4, 2016 | 12:50 PM
Pegawai Jabatan Bomba dan Menyelamat Kulai membawa turun mayat Encik David Cho. ,
Pegawai Jabatan Bomba dan Menyelamat Kulai membawa turun mayat Encik David Cho. , - GAMBAR THE STAR / ASIA NEWS NETWORK

JOHOR BAHRU: Seorang warga Singapura berusia 47 tahun meninggal dunia selepas terjatuh di air terjun Gunung Pulai di Kulai, Johor, pada petang Ahad (3 Julai).

Ketua Jabatan Bomba dan Menyelamat Kulai, Encik Mohd Zainuddin Khairi, berkata mangsa dikenal pasti sebagai David Cho Kah Loong.

Beliau berkata Encik Cho, isterinya, Cik Chua Soon Hoon, 46 tahun, dan anak perempuan mereka, Rachael, tujuh tahun, pergi ke air terjun itu, yang popular dalam kalangan penduduk tempatan dan warga Singapura, untuk berkelah.

Turut serta ialah kakak Cik Chua, Cik Chua Mei Chin, 47 tahun, dan seorang budak berusia tujuh tahun, Elizabeth Choo.

"Kami menerima panggilan pada kira-kira 12.55 tengah hari dan menghantar lima anggota, yang tiba di tempat kejadian selepas beberapa minit," ujar Encik Mohd Zainuddin.

Beliau berkata Encik Cho dan isterinya jatuh apabila mereka cuba menyelamatkan Rachael, yang sebelum itu tergelincir di air terjun itu dari ketinggian 20 meter.

Isteri Encik Cho, Rachael dan Elizabeth cedera dalam kejadian itu, katanya.

Pada Mei, seorang pelajar Singapura, Cik Cheng Shi Min, maut apabila beliau tergelincir dan jatuh lebih dari 20 meter di sebuah air terjun di Blue Mountains, Australia.

Cik Cheng, 21 tahun, cedera di kepala dan dada dan meninggal dunia sehari selepas kejadian. - The Star/Asia News Network

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg