Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Warga S’pura meninggal dunia ketika ingin ziarah Raudhah di Masjid Nabawi

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga S’pura meninggal dunia ketika ingin ziarah Raudhah di Masjid Nabawi

Mar 31, 2024 | 06:42 PM



You pergi dulu.”


Demikian kata-kata terakhir Cik Rosmini Rahmat kepada suaminya, Encik Ghazali Ismail, ketika berada dalam bilik Hotel Frontel Al Harithia sekitar 2 pagi pada 9 Mac sebelum arwah keluar untuk ke Raudhah di Masjid Nabawi, Madinah, untuk ziarah dan menunaikan solat subuh.

Tidak pula beliau sangka suaminya akan pergi buat selamanya.

Sebak hati ibu tiga anak berusia 59 tahun itu tatkala dikejutkan dengan berita pemergian suaminya daripada pegawai As Sofi Travel & Services Pte Ltd sekitar 6 pagi pada hari yang sama.

Arwah dikatakan rebah di kawasan menunggu di luar Raudhah dan meninggal dunia kemudian.

Cik Rosmini dan arwah merupakan antara anggota jemaah yang mengikuti pakej umrah 11 hari syarikat tersebut, yang berlepas dari Singapura pada 6 Mac dan pulang ke tanah air pada 17 Mac.

Berkongsi kepada Berita Harian (BH) ketika ditemui di rumah sementara anak bongsunya di Boon Lay pada 31 Mac, Cik Rosmini menjelaskan:


“Saya selalu bangun pada 2 pagi untuk mandi dan solat tasbih. Pada hari kejadian, arwah dapat slot untuk masuk Raudhah pada 3.30 pagi... jadi alang-alang, saya kejutkan.

“Arwah cuba tolong buat tempahan (melalui aplikasi Nusuk) untuk slot Raudhah buat saya tetapi tak dapat.

“Arwah tetap ingin bantu sehinggalah saya katakan kepadanya untuk pergi dahulu. Beliau berdiam diri dan terus jalan (keluar).”

Mentelah Allahyarham Ghazali, 63 tahun, begitu teruja dan tidak sabar mengunjungi Raudhah, sehinggakan beliau mengenakan jubah dan beg sandang yang baru dibelinya, tambah Cik Rosmini.

Pasangan suami isteri ini mengerjakan umrah pada tarikh berkenaan kerana ingin berpuasa di Makkah dan mendapatkan umrah awal Ramadan, sepertimana yang dilakukan pada 2022.

Daripada sijil kematian yang dilihat BH yang dikeluarkan Amiriah bagi Daerah Madinah di bawah Kementerian Dalaman, Allahyarham dikatakan meninggal dunia akibat sebab semula jadi.

“Pegawai memberitahu saya abang (gelaran bagi arwah) jatuh. Apabila saya dibawa ke hospital, barang-barang peribadi abang diserahkan kepada saya.

“Itulah yang saya terperanjat (dan sedar berita pemergiannya),” jelas Cik Rosmini sambil mengesat air mata.

Menurut pegawai bertugas yang bersama arwah ketika kejadian, Encik Suhaimi Said, arwah berada di kawasan menunggu untuk menantikan giliran ke ruang Raudhah.

Allahyarham Ghazali sedang duduk di atas kerusi kerana rasa tidak begitu sihat apabila tiba-tiba rebah dan dibawa ke Hospital Al Haram berhampiran Masjid Nabawi, tambah beliau.

“Kami cuba ketis air dan ada jemaah lain yang cuba periksa nadinya sebelum pihak perubatan tiba untuk membawanya ke hospital,” ujarnya.

Cik Rosmini menyifatkan arwah sebagai seorang yang bengis tetapi suka bercanda dan sangat sayang kepada cucunya.

Di samping itu arwah – yang bekerja sebagai pengurus keselamatan dalam sektor pembinaan – juga tekun bekerja, jelasnya.

“Kepergiannya meninggalkan kesan bukan sahaja kepada keluarga, malah yang mengenalinya juga,” tambahnya lagi.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di perkuburan Baqi bersebelahan Masjid Nabawi selepas asar pada 9 Mac.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >