Topik diikuti
Pergi ke BHkuWarga S'pura, PR antara 11 kes import Covid-19 baru
Warga S'pura, PR antara 11 kes import Covid-19 baru
SEORANG warga Singapura yang pulang dari Amiriah Arab Bersatu (UAE) merupakan antara 11 kes baru Covid-19 yang disahkan pada Khamis (12 Nov).
Kesemua kes baru itu merupakan kes import, kata Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kenyataannya.
Tiga lagi merupakan penduduk tetap (PR) yang pulang dari Bahrain dan India.
Empat lagi bekerja di Singapura - dua daripada mereka merupakan pemegang pas kerja yang tiba dari Nepal, dan dua lagi pemegang permit kerja yang tiba dari Indonesia.
Baki kes import melibatkan pemegang pas tanggungan yang tiba dari Pakistan, dua pemegang pas lawatan jangka pendek dari Indonesia dan Myanmar yang ke sini untuk melawat keluarga mereka.
Kesemua 11 kes baru itu sudah diberi Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) setibanya di Singapura, kata MOH.
Kementerian tersebut juga berkata tiada kes Covid-19 baru yang dilaporkan dalam masyarakat atau di dormitori.
Dalam pada itu, 12 lagi kes telah dibolehkan pulang rumah dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat.
Secara keseluruhan, 58,002 individu telah sembuh dari jangkitan koronavirus itu dan dibenarkan pulang ke rumah.
Lagi 48 pesakit pula masih berada di hospital, namun kebanyakan mereka stabil.