Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Warga S’pura terkorban di New York selamat disemadi; dikenang dengan sifat pemurah

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga S’pura terkorban di New York selamat disemadi; dikenang dengan sifat pemurah

Dec 27, 2023 | 08:20 PM



Seandainya Cik Mariam Shah dapat memutarkan kembali waktu, beliau ingin mendakap Cik Nur Aisyah Md Akbar dengan lebih lama semasa kali terakhir mereka bersua muka di Mesir pada pertengahan November.

Apa tidaknya, dakapan tersebut merupakan yang terakhir sebelum beliau mendapat tahu tentang pemergian rakan akrabnya, Allahyarhamha Nur Aisyah, 39 tahun.

Arwah dikatakan tergelincir dan jatuh dari tebing setinggi lebih kurang 30 meter (sekitar lapan tingkat) pada 22 Disember sehingga meragut nyawanya.

Pada hari kejadian, arwah dan suaminya sedang bersiar-siar di Taman Simpanan Minnewaska di New York, Amerika Syarikat.

Cik Mariam merupakan antara sekitar 100 orang yang meredah hujan renyai membasahi Pusara Aman untuk menghadiri pengebumian arwah pada 27 Disember setelah jenazahnya dibawa pulang ke Singapura melalui pesawat Singapore Airlines.

Menurut kenyataan di Facebook suami Allahyarhamha, Encik Abdul Rauf Mohd Said, penerbangan berlepas dari New York pada 26 Disember dengan satu persinggahan di Frankfurt, Jerman, sebelum tiba di Singapura sekitar 6 pagi pada 27 Disember.

Cik Mariam berada di Mesir dengan anggota keluarga untuk bercuti selama 12 hari manakala arwah dan suaminya berada di sana atas sebahagian daripada usaha kemanusiaan bersama Pious Projects – badan bukan meraih untung bagi individu melibatkan diri dalam projek amal di seluruh dunia.


Ibu seorang anak berusia 40 tahun itu menjelaskan: “Arwah dan suami pada waktu itu sedang cuba membawa masuk makanan haiwan (untuk disalurkan) ke Gaza.

“Arwah terkenal sebagai aktivis haiwan jadi beliau memang ‘jiwa’ haiwan dan sayang haiwan.

“Beliau bekerjasama dengan badan bukan pemerintah supaya makanan haiwan dapat dibawa masuk ke Gaza bagi membantu haiwan-haiwan yang terjejas dengan konflik di sana.”

Menurutnya, mereka sempat makan malam di salah satu restoran di Mesir sebelum berpisah untuk meneruskan perjalanan masing-masing.

Beliau mengenali arwah sejak 2006 tatkala menetap seasrama ketika mengikuti pengajian di Universiti Curtin, Perth, Australia.

Daripada akaun LinkedIn, arwah merupakan siswazah ijazah Sarjana Perakaunan pada 2009.

Cik Mariam menyifatkan arwah sebagai seorang yang sangat pemurah dan “tidak mengharapkan kebaikan dibalas kembali”.

“Saya rasa sangat bertuah dapat mengenali individu seperti arwah dan sempat bertemunya,” ujarnya sambil menahan sebak.

Pada sebelah pagi, lebih 80 anggota keluarga dan rakan arwah membanjiri rumah kediaman Allahyarhamha Nur Aisyah di Jalan Loyang Besar untuk menziarahi jenazah.

Jenazah arwah selamat dikebumikan di Pusara Aman sekitar 12 tengah hari.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >