Warga tampil beri 'harapan' kepada ibu anak kecil...

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Warga tampil beri 'harapan' kepada ibu anak kecil...

Jan 30, 2021 | 5:30 AM

Warga tampil beri 'harapan' kepada ibu anak kecil...

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
KINI TIDAK LAGI KOSONG: Ramai orang telah melahirkan keinginan untuk menyumbang pelbagai barangan termasuk televisyen dan beg sekolah kepada Cik N dan anak kecilnya. - Foto SUN XUELING / FACEBOOK
KINI TIDAK LAGI KOSONG: Ramai orang telah melahirkan keinginan untuk menyumbang pelbagai barangan termasuk televisyen dan beg sekolah kepada Cik N dan anak kecilnya. - Foto SUN XUELING / FACEBOOK -

SELEPAS bergaduh dengan suaminya bulan lalu, Cik N (bukan nama sebenar) dihalau dari rumah sehelai sepinggang bersama anak perempuannya yang baru berusia tujuh tahun.

Beliau terpaksa mencari rumah tumpangan sementara dengan hanya $85 dalam saku dan sebuah beg berisi pakaian.

Selepas dua minggu, ibu berusia 29 tahun itu yang tidak mempunyai anggota keluarga yang boleh membantunya, masih gagal mendapatkan flat sewa dan bantuan kewangan, dan berasa putus asa.

Beliau memutuskan untuk bertemu Anggota Parlimen Punggol West, Cik Sun Xueling, untuk meminta bantuan dan telah ke Sesi Bertemu Penduduknya (MPS) pada 28 Disember.

Walaupun akhirnya berjaya mendapatkan flat sewa, pasangan ibu dan anak itu tidak mampu membeli barangan keperluan rumah seperti peti sejuk dan mesin pencuci baju.

Cik Sun, yang juga Menteri Negara (Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), telah meminta sumbangan orang ramai melalui Facebook untuk membantu Cik N.

Dalam masa 10 minit, permintaannya itu disahut orang ramai yang mengutarakan keinginan mereka untuk menyumbang pelbagai barangan termasuk televisyen dan juga beg sekolah.

"Saya tersentuh dan menangis apabila melihat respons yang memberangsangkan ini," kata Cik Sun.

"Saya begitu berterima kasih kepada semua yang telah menawarkan bantuan mereka dan memberikan respons dengan pantas. Singapura memang negara yang kukuh dan indah disebabkan kewujudan orangorang seperti mereka," katanya.

Cik Lina Wang, 47 tahun, merupakan antara yang menghulurkan sumbangan.

Timbalan presiden di syarikat kecerdasan buatan itu berkata:

"Dalam masa-masa begini, apabila ekonomi buruk, ramai yang tidak bekerja.

"Saya cukup berbesar hati melihat ramai yang masih ingin membantu, walaupun mereka sendiri tidak begitu senang."

Cik N berkata beliau cukup berterima kasih atas bantuan yang diterima.

"Saya begitu tersentuh apabila mendapat tahu ramai yang ingin menghulurkan bantuan kepada kami. Ini memberi saya harapan," katanya.

Beliau turut mengutarakan penghargaannya kepada semua pihak termasuk pekerja sosial dan Cik Sun.

Selepas mendengar rintihan Cik N semasa MPS, Cik Sun dan pasukannya menghubungi Lembaga Pembangunan dan Perumahan (HDB) berkaitan permohonannya untuk mendapatkan flat sewa.

Mereka juga telah memberikan bantuan kewangan dan baucar NTUC.

Cik N, yang berasal dari Vietnam, terpaksa berhenti bekerja sambilan di prasarana kuarantin untuk menjaga anaknya.

Beliau, yang kini seorang warga Singapura, berkata beliau ingin bekerja sebagai seorang Penolong Kewangan dan kini sedang belajar untuk menduduki ujian yang diperlukan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg