Setelah sebulan berpuasa, Syawal pun sudah tiba. Tahun ini, orang ramai dapat menyambut Syawal dengan lebih istimewa dan meriah. Dengan adanya kelonggaran langkah-langkah pengurusan selamat, ia bermakna lebih ramai dapat menunaikan solat Hari Raya di masjid-masjid di merata Singapura serta berpeluang untuk kunjung-mengunjung saudara-mara untuk mengeratkan silaturahim. Gambar-gambar ini memaparkan suasana Hari Raya Aidilfitri di Singapura.