Warong Nasi Pariaman akan henti operasi 31 Jan
Kedai nasi padang popular, Warong Nasi Pariaman, akan menamatkan operasinya pada akhir Januari 2026 selepas beroperasi selama 78 tahun.
Premis yang terletak di sebuah rumah kedai di 738 North Bridge Road itu mengumumkan penutupannya menerusi satu hantaran di Instagram pada 20 Januari.
Hari terakhir operasi kedai tersebut ialah pada 31 Januari.
“Terima kasih atas sokongan, kasih sayang dan kenangan manis bersama kami selama ini,” tulis kenyataan tersebut.
Kedai makan itu, yang telah beroperasi sejak 1948, telah diwariskan daripada satu generasi ke generasi seterusnya.
Ia terkenal dengan hidangan istimewa dari Pariaman – sebuah bandar pesisir pantai di Sumatera Barat, Indonesia, yang menjadi asal-usul nama restoran tersebut – seperti rendang daging dan ikan bakar.
Menurut wadah dalam talian, Singapore Infopedia, di bawah Lembaga Perpustakaan Negara (NLB), Warong Nasi Pariaman dipercayai sebagai “gerai tertua yang masih beroperasi di Singapura, yang menyajikan nasi padang”.

