Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Wartawan BH rangkul Anugerah Berita Terbaik

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wartawan BH rangkul Anugerah Berita Terbaik

Mar 18, 2024 | 09:06 PM



Wartawan Berita Harian, Encik Muhaimin Suzaini dan Encik Izwandi Azman, memulakan kembara untuk mengerjakan umrah kendiri atau DIY dari 16 Ogos hingga 23 Ogos 2023.


Mereka berdepan pelbagai cabaran, termasuk detik berada dalam kegelapan akibat litar elektrik terputus, jatuh sakit dan beberapa masalah lain akibat tersilap perancangan.

Namun, pada 18 Mac 2024, segala kerja keras mereka membawa nikmat apabila seisi Auditorium SPH bergema dengan sorakan teruja tenaga kerja bilik berita BH apabila kededuanya memenangi Anugerah Berita Terbaik Kumpulan Media Inggeris/Melayu/Tamil (EMTM) 2023 SPH Media Trust.

Laporan mereka mengerjakan umrah DIY mengalahkan pencalonan daripada akhbar The Straits Times, The Business Times dan Tamil Murasu untuk menggondol anugerah tahunan itu dalam Majlis Anugerah Tahunan Pengurusan Kumpulan Media Inggeris/Melayu/Tamil (EMTM) 2023 SPH Media Trust.


Encik Izwandi, 31 tahun, meluahkan rasa bangga dan terharu laporan beliau dan rakannya memenangi anugerah berprestij itu.

“Ketika nama saya diumumkan, saya berasa sangat emosi dan tidak terkata. Detik itu merupakan salah satu detik teristimewa bagi saya.

“Ini hasil bimbingan penyelia dan rakan sebaya kerana mereka telah banyak mendidik saya tentang bidang kewartawanan sejak saya mula berkecimpung dalam bidang kewartawanan,” jelas Encik Izwandi, yang juga editor akhbar pelajar Gen G.

Walaupun baru sahaja berada dalam bidang kewartawanan selama setahun setengah, beliau menampilkan ketekunan dan kecekapan sebagai wartawan muda.

Liputan mereka berjudul ‘Lebih ramai jemaah pilih lakukan umrah secara sendirian’ yang meneroka sama ada melaksanakan umrah secara kendiri (DIY) lebih sesuai dari segi kewangan dan jadual berbanding melakukan umrah bersama ejen penjualan pakej haji dan umrah (GSA).

Encik Muhaimin, 28 tahun, pula tidak menjangka kemenangan itu, namun tetap bersyukur menang.

“Anugerah ini saya anggap sebagai satu pengiktirafan bagi diri saya dan juga Izwandi. Kami bersyukur dengan pihak penyelia dan rakan kerja yang memberi sokongan terhadap kami berdua semasa berada di Tanah Suci, dan kami terhutang budi dengan bimbingan yang telah diberikan,” ujar Encik Muhaimin.

Beliau, yang sudah bekerja sebagai wartawan BH selama setahun lebih, juga dicalonkan bagi kategori Anugerah “Wartawan Muda Terbaik”.

Kededua Encik Izwandi dan Encik Muhaimin menerima anugerah itu daripada Pengerusi SPH Media Trust, Encik Khaw Boon Wan.

Editor BH, Encik Nazry Mokhtar, turut berbangga atas kemenangan Encik Muhaimin dan Encik Izwandi kerana “membantu menyerlahkan jenama Berita Harian.

“Kededua Muhaimin dan Izwandi memaparkan semangat dan nilai-nilai kewartawanan yang tinggi untuk menghasilkan laporan bermutu yang meninggalkan impak kepada pembaca dan industri pelancongan. Laporan dihasilkan bukan sahaja dalam bentuk media cetak tetapi juga media digital dan sosial.

“Pencapaian ini juga merupakan hasil sumbangan daripada anggota lain di bilik berita yang bekerja sebagai satu pasukan yang utuh. Ini mencerminkan perpaduan yang dicapai di bawah proses transformasi yang dijalankan sejak tahun lalu.”

Terdapat dua lagi anugerah yang diumumkan, iaitu Anugerah “Wartawan Muda Terbaik” dan Anugerah “Wartawan Terbaik”.

Sebanyak 12 Anugerah Kecemerlangan telah diberikan, selain anugerah tiga teratas - “Wartawan Muda Terbaik”, “Wartawan Terbaik” dan “Berita Terbaik”.

Koresponden Kanan BH, Cik Haryani Ismail yang juga Ketua Gaya Hidup adalah antara calon bagi kategori Anugerah “Wartawan Terbaik”.

Ketua Editor Kumpulan EMTM, Encik Wong Wei Kong, berkata:

“Anugerah Tahunan EMTM meraikan kewartawanan yang cemerlang merentas bilik berita yang berbeza, walaupun kami menyediakan perkhidmatan yang pelbagai khalayak. Kami mengucapkan tahniah kepada pemenang dan calon, dan berharap mereka akan membantu memberi inspirasi semua orang dalam usaha kami untuk kecemerlangan.”

Kali terakhir BH memenangi Anugerah Berita Tahunan Terbaik ialah lebih dua dekad lalu iaitu pada 2002 mengenai isu tudung manakala Anugerah Rencana Tahunan Terbaik untuk rencana mengenai keluarga gelendangan di tepi pantai pula diraih pada 2010.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >