Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Waspada dengan emel yang menyamar sebagai pegawai Case, arah penerima ke laman pihak ketiga

Jan 24, 2023 | 5:55 PM
Dalam emel-emel tersebut, penghantar menawarkan angka-angka tiket palsu kepada tuntutan si penerima, dan meminta mereka memetik satu ikon perbualan bagi mengakses laman-laman pihak ketiga.
Dalam emel-emel tersebut, penghantar menawarkan angka-angka tiket palsu kepada tuntutan si penerima, dan meminta mereka memetik satu ikon perbualan bagi mengakses laman-laman pihak ketiga. - FOTO: fail

PERSATUAN Pengguna Singapura (Case) memberi amaran kepada pengguna tentang emel penipu yang menyamar selaku pegawainya, lalu mengarah penerima ke laman pihak ketiga untuk mendapatkan maklumat atau pampasan kewangan.

Menyatakan demikian dalam satu kenyataannya semalam, Case berkata pihaknya mula menerima laporan tentang emel-emel sedemikian pada 21 Januari lalu.

Sehingga 2 petang hari ini (24 Januari), Case telah menerima 13 laporan sedemikian.

Kesemua 13 laporan ini dibuat pengguna yang sebelum ini membuat aduan pengguna bersama Case.

Daripada 13 individu tersebut, lima juga menerima emel-emel menipu serupa pada Oktober lalu.

Dalam emel-emel tersebut, penghantar menawarkan angka-angka tiket palsu kepada tuntutan si penerima, dan meminta mereka memetik satu ikon perbualan bagi mengakses laman-laman pihak ketiga.

Ini bagi mereka mendapatkan maklumat terkini atau menerima pampasan kewangan. Penghantar juga menyertakan logo Case dalam emel-emel mereka.

Emel-emel ini dihantar daripada alamat-alamat emel berbeza seperti as "odoo@compueconomicos.com", "wilson@v3.sg", dan "bhm200025@sdh.sg".

"Semua alamat emel ini bukan milik Case dan memandangkan sumbernya bukan daripada Case, kami tidak dapat pastikan jumlah pengguna yang terjejas," kata kenyataan itu.

Case berkata pihaknya telah memberitahu pengguna pada 22 Januari lalu menerusi notis pada laman serta Facebook mereka, dan menerusi emel kepada pengguna dalam pangkalan datanya.

"Kami juga menjalankan pemeriksaan ke atas sistem IT kami serta pangkalan data dan mengesahkan ia masih selamat dan tidak digodam.

"Siasatan lanjut kini sedang dilakukan dan kami telah laporkan perkara itu kepada pihak polis," tambah kenyataan tersebut.

Pengguna yang menerima notis emel serupa boleh memberikan maklum balas mereka kepada Case menerusi talian 9795 8397 atau emel kepada dataprotection@case.org.sg.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg