Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Waspada e-mel penipuan dakwa tawar bayaran balik cukai dari Iras

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Waspada e-mel penipuan dakwa tawar bayaran balik cukai dari Iras

Jan 30, 2024 | 05:56 PM



Penguasa Hasil Mahsul Singapura (Iras) telah dimaklumkan tentang kemunculan semula e-mel penipuan berbentuk memancing data kononnya daripada Iras.

Menggunakan alasan menawarkan bayaran balik cukai, e-mel itu cuba menipu pembayar cukai supaya menekan pautan dalam e-mel yang mengarahkan mereka ke laman palsu.

Penerima kemudian diarah memberikan maklumat peribadi, termasuk butiran SingPass dan kad kredit. 

Dalam satu kenyataan pada 30 Januari, Iras menasihatkan pembayar cukai supaya sentiasa berwaspada terhadap penipuan pancingan data dan tidak terpedaya dengan SMS, e-mel dan mesej WhatsApp palsu.

Penipuan pancingan data biasanya melibatkan e-mel, mesej teks, panggilan atau iklan daripada penipu yang menyamar sebagai pegawai atau organisasi yang dipercayai.

Matlamat penipuan sebegini adalah menipu mangsa supaya mendedahkan butiran seperti maklumat kad kredit atau akaun bank mereka.

Penipu kemudian akan melakukan transaksi tanpa izin daripada kad atau akaun bank mangsa.

Muslihat terbaru ini – yang menjanjikan pembayar cukai bayaran balik – serupa dengan penipuan yang muncul pada Oktober 2023, tambah Iras dalam kenyataan itu.

Pada Oktober 2023, Iras memberi amaran terhadap penipuan serupa, yang menyaksikan mangsa ditipu apabila menekan pautan yang kononnya daripada pihak berkuasa.

Mangsa dimaklumkan bahawa notis cukai harta mereka sedia untuk dilihat melalui WeTransfer, sebuah perkhidmatan pemindahan fail.

Pada 2022, mangsa penipuan di Singapura kehilangan sebanyak $660.7 juta, meningkat daripada $632 juta pada 2021, menjadikan jumlah keseluruhan hampir $1.3 bilion dalam masa dua tahun.

Pembayar cukai dinasihatkan supaya mengabaikan e-mel pancingan data dan tidak memberikan sebarang butiran peribadi, kad kredit atau akaun bank, membuat pembayaran atau mengikuti mana-mana arahan dalam e-mel itu, menurut Iras lagi.

Ia menambah bahawa mangsa boleh membuat laporan polis sekiranya menerima e-mel pancingan data.

Untuk mengelak daripada menjadi mangsa penipu, orang ramai diingatkan agar hanya menekan pautan laman iras.gov.sg atau go.gov.sg.

Iras berkata: “Untuk transaksi cukai termasuk pemfailan dan pembayaran, pembayar cukai harus menggunakan borang yang berkaitan dan perkhidmatan digital dalam Portal myTax yang memerlukan log masuk Singpass.”

Iras menambah bahawa ia tidak akan meminta butiran pembayar cukai atau sebarang maklumat sulit melalui e-mel atau pautan web tidak selamat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >