Waspada sikap keperibumian, boleh jejas ekonomi dan kemakmuran rakyat: Iswaran
Premium
Waspada sikap keperibumian, boleh jejas ekonomi dan kemakmuran rakyat: Iswaran
Oct 23, 2020 | 5:30 AM
BAGAIMANA KELUAR DARIPADA KRISIS: Langkah Singapura keluar daripada krisis ekonomi disebabkan Covid-19 bergantung pada cara ia respons kepada isu itu, kata Encik Iswaran di acara maya Hari FTA semalam. Beliau turut diwawancara penyampai Channel NewsAsia, Cik Dawn Tan (kiri). - Foto PERSEKUTUAN PERNIAGAAN SINGAPURA (SBF) -
SINGAPURA harus berhati-hati terhadap sikap nativisme, atau keperibumian, yang boleh menjejas potensi negara ini meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan kemakmuran rakyatnya, kata Menteri Perhubungan dan Penerangan, Encik S. Iswaran.
Beliau, yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Hubungan Perdagangan, berkata meskipun dalam kemelesetan disebabkan Covid-19, negara ini harus meneruskan strateginya dalam integrasi global.

