Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Webinar tangani stigma kegemukan yang boleh hambat ramai dapat bantuan

Mar 5, 2022 | 3:30 PM
Satu tinjauan baru-baru ini mendedahkan 20.7 peratus rakyat tergolong dalam kategori BMI berisiko tinggi, 27.5 ke atas..
Satu tinjauan baru-baru ini mendedahkan 20.7 peratus rakyat tergolong dalam kategori BMI berisiko tinggi, 27.5 ke atas.. - ST File

Masalah kegemukan di Singapura semakin meningkat tetapi stigma mengenai keadaan itu - seperti sering dikaitkan dengan kemalasan dan kurang disiplin - boleh menjadikan orang keberatan mendapatkan bantuan, menurut para pakar perubatan dan kesihatan mental.

Kumpulan Penjagaan Kesihatan Nasional telah mengadakan webinar Hari Kegemukan Sedunia pada Sabtu (5 Mac), yang menangani isu itu serta isu lain seperti senaman, dan menarik lebih 350 peserta menerusi Zoom dan Facebook live.

Dr Lee Yingshan, konsultan endokrinologi di Hospital Tan Tock Seng (TTSH) berkata semasa acara itu, bahawa kegemukan disalah anggap sebagai akibat pilihan gaya hidup yang kurang baik.

"Adalah satu salah tanggapan bahawa dengan kurangkan makan dan lebihkan pergerakan akan merawat kegemukan.

"Ini menyebabkan sikap menuding jari kepada mereka yang mengalami hal ini. Mereka yang menghadapinya juga akan mula fikir ini adalah salah mereka," ujar Dr Lee.

Ini berikutan hasil Tinjauan Kesihatan Penduduk Nasional, yang diadakan di antara Julai 2019 dan Mac 2020, mendedahkan 20.7 peratus rakyat tergolong dalam kategori indeks jisim tubuh (BMI) 27.5 ke atas, kenaikan dua mata peratusan sejak 2017.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg