West Coast CC dipertingkat untuk tampung program mesra warga
Premium
West Coast CC dipertingkat untuk tampung program mesra warga
Jan 5, 2015 | 5:30 AM
MEMUDAHKAN PENDUDUK: Encik S. Iswaran (berseluar putih) merasmikan projek peningkatan Kelab Masyarakat West Coast semalam, yang antara lain termasuk pembinaan jambatan yang menghubungkan pusat makanan dan mall berdekatan dan pembinaan sebuah teater mini. - Foto PA -
KELAB Masyarakat West Coast akan menjalani peningkatan bagi menawarkan lebih banyak kemudahan dan untuk menampung program mesra penduduk dan keluarga pada masa depan.
Akan terdapat dua jambatan mesra kerusi roda yang menghubungkan kelab tersebut dengan pusat makanan West Coast, West Coast Plaza dan pusat masyarakat, Pelantar Masyarakat Aktif, Indah dan Bersih, yang dibina melintasi Sungai Pandan Kechil.

