Wetlands by the Bay mula dibina pada 2027
Gardens by the Bay bakal memperkenalkan satu tarikan baru – Wetlands by the Bay – iaitu tiga kali ganda saiz tarikan Kingfisher Wetlands sedia ada di taman tersebut.
Tarikan baru itu akan mula dibina pada suku pertama 2027 dan dibuka secara berperingkat mulai akhir 2028.
Ia akan menampilkan lebih 600 pokok bakau dan pokok pantai serta kawasan bakau yang boleh dilayari dengan kayak.
Demikian diumumkan Menteri Negara (Pembangunan Negara merangkap Perdagangan dan Perusahaan), Encik Alvin Tan, semasa berucap di perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) Kementerian Pembangunan Negara (MND) pada 4 Mac.
Wetlands by the Bay juga akan memperkenalkan ruang hijau masyarakat baharu – Glade Lawn – satu ruang untuk menganjurkan acara, kegiatan, atau sebagai tempat bagi pengunjung berehat.
Encik Tan turut mengumumkan pembinaan laluan pejalan kaki kanopi baru di atas tanah lembap, yang akan menghubungkan Stesen MRT Gardens by the Bay ke tarikan utama dalam Bay South Garden.
Ia bakal siap pada 2028.

