Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

WGS anjur senaman tarian Melayu terbesar dalam talian

Jan 22, 2022 | 8:08 PM
Lebih 200 orang menyertai dan memeriahkan acara tarian Melayu beramai-ramai, dengan 70 orang menghadiri sesi itu secara fizikal di Wisma Geylang Serai.
Lebih 200 orang menyertai dan memeriahkan acara tarian Melayu beramai-ramai, dengan 70 orang menghadiri sesi itu secara fizikal di Wisma Geylang Serai. - Nur Diyana Taha

Satu rekod baru bagi 'Senaman Tarian Melayu Terbesar Dalam Talian' telah dicatatkan dan diiktiraf dalam Buku Rekod Singapura, pagi Sabtu (22 Jan).

Lebih daripada 200 orang telah mengambil bahagian dalam acara Senaman Tarian Melayu dan Zumba WGS, dengan 70 menghadiri sesi senaman itu secara fizikal di WGS dan bakinya dalam talian.

Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat South East, Encik Mohd Fahmi Aliman turut menghadiri acara itu serta menerima sijil pengiktirafan catatan rekod itu yang kini diterapkan dalam Buku Rekod Singapura.

Usaha tersebut merupakan sebahagian daripada acara ulang tahun ketiga Wisma Geylang Serai hujung minggu ini.

Antara peserta yang hadir Conor Bruce, 15 tahun, yang bersenam bersama keluarganya berkata, acara tersebut memberi peluang kepada lebih ramai orang untuk menikmati tarian Melayu dalam suasana yang santai tetapi pada masa yang sama menyihatkan.

"Selepas sekian lama pandemik, saya rasa ini merupakan cara yang baik untuk masyarakat kembali bersama sambil bersenam mengikut gerak tari tarian dan irama Melayu.

"Ia juga memberi peluang masyarakat menghargai budaya itu sendiri," katanya.

WGS telah bekerjasama dengan Sri Warisan dan GlowCo Move, masing-masing pakar dalam bidang tarian Melayu dan Zumba bagi acara ini.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg