Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Wira rangkul Piala Suara Serumpun 2022

Oct 26, 2022 | 6:01 PM
KEMENANGAN BUAT WIRA : Berkat kegigihan dan kerjasama, Kumpulan Wira dari Politeknik Republik memikat hati juri dan muncul sebagai pemenang Piala Suara Serumpun 2022.
KEMENANGAN BUAT WIRA : Berkat kegigihan dan kerjasama, Kumpulan Wira dari Politeknik Republik memikat hati juri dan muncul sebagai pemenang Piala Suara Serumpun 2022. - Foto SERUMPUN DKSG

MEMBINA semangat persaudaraan dengan komitmen tidak berbelah bahagi menjadi senjata penting bagi kekuatan sesebuah kumpulan. Itulah yang dipegang kumpulan dikir barat Wira daripada Politeknik Republik, sekali gus menjelaskan rahsia di sebalik keutuhan kumpulan itu sehingga mereka berjaya menjadi juara pertandingan Dikir Barat Piala Suara Serumpun sebanyak lima kali. Terbaru mereka menjadi juara pertandingan itu ialah menerusi acara yang berlangsung Sabtu lalu. Mereka berjaya sebagai pemenang keseluruhan dan kumpulan terbaik lelaki. Kata Presiden Wira, yang juga ketua kumpulan dikir barat Republik Politeknik, Muhammad Fakhrurrazi Mohd Kasim, 21 tahun: "Kami berlatih tiga kali seminggu, tetapi menghampiri pertandingan kami berlatih hampir setiap hari. "Setiap minggu kami berlatih tidak kurang daripada 20 jam. Ini tidak mudah untuk kami, kerana terpaksa mengimbangi masa peribadi dan juga keluarga. "Tetapi ia adalah pengorbanan yang semua orang perlu lakukan untuk maju sebagai sepasukan. "Dan kami dapat lakukan ini kerana adanya semangat kekeluargaan dan bagi kami penting untuk mengukuhkan perpaduan sesebuah kumpulan." Baca laporan penuh di Berita Harian esok (27 Okt).

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg