Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Wisata korban tawar makan tepi sawah, teroka pantai indah 

Apr 28, 2024 | 5:30 AM
Antara jemaah peserta Wisata Korban 2023, yang berpeluang berkunjung ke rumah desa Yogyakarta, Indonesia, untuk menyerahkan daging korban dan menyaksikan keadaan kehidupan di sana yang serba kekurangan.
Antara jemaah peserta Wisata Korban 2023, yang berpeluang berkunjung ke rumah desa Yogyakarta, Indonesia, untuk menyerahkan daging korban dan menyaksikan keadaan kehidupan di sana yang serba kekurangan. - Foto ATTAWASOL INSANIY

Syarikat Islam setempat, Attawasol Insaniy, akan mengadakan wisata korban yang dinamakan ‘Rihlah Qurban’ di Yogyakarta, Indonesia, pada Jun ini.

Ini kali kedua Attawasol Insaniy menganjurkan acara wisata ini.

Menurut pengasasnya, Ustaz Dr Leyaket Ali Mohamed Omar, wisata ini, mendapat sambutan memberangsangkan dan beliau berharap masyarakat Islam akan terus menyokongnya.

“Kami telah adakan acara yang agak padat tahun lalu dan ia tahun pertama kami adakan peluang kepada masyarakat Singapura mengikuti bersama kerana selama ini ia pasukan sukarelawan kami. Lebih 30 peserta yang sangat berpuas hati sehingga hampir semua mengesyorkan supaya diadakan secara tahunan dan dipanjangkan masanya.” jelas Ustaz Dr Leyaket.

Dengan itu, kali ini wisata korban bakal diadakan selama lima hari, dari 15 hingga 20 Jun 2024.

Antara yang menarik yang menanti peserta adalah penyertaan dalam acara korban di mana mereka boleh menyaksikan, mengikuti penyembelihan dan pengagihan daging korban.

Mereka juga akan melawat ke rumah anak-anak yatim Daruut Taqwa dan sama-sama berqiamullail pada malam Arafah.

Peserta juga akan menikmati makan malam di puncak gunung, makan tengah hari di tepi sawah dan meneroka pantai-pantai indah sebagai sebahagian daripada program wisata mereka.

Pakej ‘full board’, atau pakej lengkap, berharga $1,350 bagi setiap peserta ini, termasuk tiket penerbangan, penginapan hotel dan pengangkutan sepanjang jalan.

Harga pakej tidak termasuk haiwan korban, kenaikan harga tiket pesawat dan insurans.

Jika anda berminat mengikuti acara wisata yang menarik ini, sila hubungi talian WhatsApp 9027-3547, 9272-9132, atau 8874-8848.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg