SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Wisma Geylang Serai suntik kesegaran kepada kawasan Geylang Serai

Wisma Geylang Serai suntik kesegaran kepada kawasan Geylang Serai

Jan 26, 2019 | 7:08 PM

Wisma Geylang Serai suntik kesegaran kepada kawasan Geylang Serai

Majlis pembukaan rasmi Wisma Geylang Serai hari ini turut dihadiri tetamu terhormat Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong.
Majlis pembukaan rasmi Wisma Geylang Serai hari ini turut dihadiri tetamu terhormat Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong. - Nur Dhuha Esoof

WISMA Geylang Serai (WGS) akan menyuntik kesegaran dan kemodenan kepada kawasan Geylang Serai, sambil mengukuhkan identiti serta warisan budaya orang Melayu. Menyatakan demikian semasa berucap di majlis pembukaan rasmi WGS hari ini (26 Jan), Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong turut meluahkan keyakinan WGS akan menjadi ikon bagi masyarakat Melayu, sambil menarik pengunjung daripada pelbagai kaum dan agama. "Sejak sekian lama, Geylang Serai telah menyumbang kepada identiti nasional berbilang kaum kita yang bertenaga dan menjadi kebanggaan semua rakyat Singapura. "Wisma Geylang Serai mesti mempertahankan semangat perpaduan dan inklusif di kalangan rakyat. Kita harus bersatu hati, seperti peribahasa Melayu, seikat bak sirih, serumpun bak serai. "Kalau kita mahu Singapura menjadi tanah air yang menawan dan maju jaya buat semua, kita mesti bersatu-padu demi memperkukuhkan masyarakat majmuk kita," ujar Encik Lee. Pusat itu, yang terletak di bekas tapak Kampung Melayu Geylang Serai lama, menempatkan pelbagai badan Melayu/Islam, agensi sosial dan pemerintah di bawah satu bumbung. Antara lain, WGS menempatkan pejabat bersama M kuasa tiga (M3) - Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Yayasan Mendaki dan Majlis Penyelaras Kumpulan Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra), serta pusat sehenti Kurnia@WGS bagi orang ramai mendapatkan khidmat daripada lapan badan Melayu.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg