Topik diikuti
Pergi ke BHkuWP dakwa ikut garis panduan, 'pantau' ejen
WP dakwa ikut garis panduan, 'pantau' ejen
WP dakwa ikut garis panduan, 'pantau' ejen
HADIR: Cik How Weng Fan (dua dari kanan) dari FM Services & Solutions tiba di Mahkamah Agung bersama pasukan peguamnya semalam. - Foto BH oleh KHALID BABA -
Oct 11, 2018 | 5:30 AM
ANGGOTA majlis bandaran Parti Pekerja (WP) telah menurut garis panduan untuk 'memantau' perbuatan ejen pengurusan dan tidak memberikan FM Services & Solutions (FMSS) kebebasan meluluskan bayaran kepada diri sendiri.
Ini meskipun pemiliknya, How Weng Fan dan Danny Loh mendukung jawatan pengurusan utama dalam Majlis Bandaran Aljunied-Hougang (AHTC), kata peguam bela defendan, Encik Chelva Rajah, pada hari keempat perbicaraan semalam.