Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

WP lahir keprihatinan serius berhubung pertikaian maritim S'pura-M'sia

Dec 9, 2018 | 1:11 PM
PERTIKAIAN MARITIM SINGAPURA-MALAYSIA: Sebuah bot Polis Pengawal Pantai (kanan) melintas sebuah kapal kerajaan Malaysia (kiri) di perairan antara Singapura dengan Malaysia pada 6 Disember 2018.
PERTIKAIAN MARITIM SINGAPURA-MALAYSIA: Sebuah bot Polis Pengawal Pantai (kanan) melintas sebuah kapal kerajaan Malaysia (kiri) di perairan antara Singapura dengan Malaysia pada 6 Disember 2018. - Foto MARK CHEONG

PARTI Pekerja (WP) telah mengutuk pencerobohan Malaysia memasuki perairan wilayah Singapura dekat Tuas serta menyifatkan perbuatan itu sebagai tidak perlu dan provokatif.

Menerusi kenyataan mereka semalam (8 Disember), WP berkata mereka akan terus memberi sokongan kepada pegawai agensi keselamatan dan penguatkuasaan negara ini yang telah dikerah untuk menangani situasi tersebut.

Menurut kenyataan yang dimuat naik di laman web mereka, WP berkata tindakan yang boleh memburukkan keadaan seperti pengerahan kapal berdasarkan keputusan yang diambil sendiri untuk menimbulkan fakta baru di kawasan terbabit bukan sahaja tidak perlu dan provokatif.

Bahkan, ia juga tidak menetapkan nada yang betul bagi hubungan dua hala kedua-dua negara bagi warga, khususnya generasi rakyat Singapura dan Malaysia yang muda.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg