Sistem politik Singapura memastikan arena politik kekal mempunyai persaingan dan membolehkan rakyat Singapura mengambil bahagian dalam politik, kata Setiausaha Agung Parti Pekerja (WP), Pritam Singh.
Menurut kata-kata aluannya dalam manifesto WP, sistem politik Singapura dibentuk untuk kehadiran wakil pembangkang di Parlimen, yang bergerak demi kepentingan negara.
WP melancarkan manifestonya menjelang Pilihan Raya Umum (GE) 2025 dalam sidang media di ibu pejabat WP di Geylang Road pada 17 April.
Manifesto WP berjudul “Bekerja untuk Singapura”, tertumpu pada lima aspek merangkumi kos sara hidup, pertumbuhan ekonomi, kesaksamaan dan nilai inklusif, akauntabiliti dan demokrasi, serta keselamatan dan geopolitik.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg