Topik diikuti
Pergi ke BHkuWP terus tumpu pada isu kos sara hidup
Premium
WP terus tumpu pada isu kos sara hidup
Sep 9, 2015 | 10:24 AM
WP terus tumpu pada isu kos sara hidup
ANTARA ISU YANG DIKETENGAHKAN: Encik Firuz mengutarakan isu kos sara hidup yang tinggi yang membelenggu warga semasa rapat pilihan raya WP di Stadium Serangoon, semalam. - Foto NUR FADHILAH SALLEH -
ISU kos sara hidup yang terus memberi tekanan kepada warga Singapura terus menjadi antara isu utama yang dibangkitkan calon Parti Pekerja (WP) dalam rapat pilihan raya malam tadi.
Calon WP di GRC Marine Parade, Encik Firuz Khan, berkata kos sara hidup yang tinggi seperti kos makanan, pengangkutan dan juga pendidikan terus membelenggu warga Singapura.
