Topik diikuti
Pergi ke BHkuYaacob: Keluar dari zon selesa bagi tingkatkan peranan masjid
Usaha tingkat peranan masjid dibincang jelang ulang tahun ke-50 Muis

DR YAACOB: Ingin masyarakat sendiri bincang isu yang hambat masjid bergerak ke depan.
Oct 22, 2017 | 5:30 AM
Yaacob: Keluar dari zon selesa bagi tingkatkan peranan masjid
MASYARAKAT harus keluar daripada zon selesa untuk memikirkan tentang peranan masjid, menjadikannya bukan sahaja institusi masyarakat, bahkan institusi nasional, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim.
Ini perlu dilakukan seperti mana selama ini masyarakat telah beralih daripada melihat masjid sebagai tempat ibadah sahaja, kepada sebuah ruang sosial yang menyumbang kepada masyarakat dan negara.