Yaacob lawat Turkey pelajari pelan negara itu bangun universiti Islam
Premium
Yaacob lawat Turkey pelajari pelan negara itu bangun universiti Islam
Jan 25, 2018 | 5:30 AM

BERAMAH MESRA: Dr Yaacob (kanan) beramah mesra dengan pelajar Singapura yang sedang menuntut di Turkey dan gembira mereka ingin pulang menyumbang semula kepada masyarakat dan Singapura. - Foto FACEBOOK YAACOB IBRAHIM -
MENTERI Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, telah berkunjung ke Turkey baru-baru ini untuk mempelajari tentang rancangan negara itu membangunkan sebuah universiti Islamik di sana.
Lawatan itu sebahagian daripada usaha yang sedang dijalankan bagi mempelajari pelbagai model institusi pengajian di seluruh dunia bagi menubuhkan kolej Islam di Singapura.

