Topik diikuti
Pergi ke BHkuYaacob nasihat jemaah patuhi peraturan bagi perlicin ibadah
Premium
Yaacob nasihat jemaah patuhi peraturan bagi perlicin ibadah
GSA turut gesa elak kawasan sesak, usah ke Masjidil Haram jika cuaca buruk
Sep 15, 2015 | 5:30 AM
Yaacob nasihat jemaah patuhi peraturan bagi perlicin ibadah

SELAMAT BERIBADAH: Dr Yaacob (tengah) berbual dengan salah seorang jemaah haji tahun ini yang berangkat ke Jeddah petang semalam sambil disaksikan Ketua Eksekutif Muis, Haji Abdul Razak Maricar. - Foto MUIS -
JEMAAH haji dinasihatkan supaya mematuhi langkah berjaga-jaga serta sistem yang telah ditetapkan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dan ejen penjualan (GSA) bagi mengurangkan kemungkinan berlakunya perkara yang tidak diingini sepanjang menjalankan ibadah haji di Makkah.
Menteri Bertanggungjawab Bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, ketika ditemui di Terminal 3 Lapangan Terbang Changi semalam berkata jika jemaah mematuhi peraturan, mereka akan dapat menjalankan ibadah haji dengan baik dan sempurna.
