Topik diikuti
Pergi ke BHkuYaacob temui Menteri Haji Saudi, bincang perihal jemaah setempat
Sampaikan surat PM Lee mohon kuota haji rasmi Singapura ditambah

Feb 12, 2016 | 5:37 AM
Yaacob temui Menteri Haji Saudi, bincang perihal jemaah setempat
MENTERI Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, telah menemui Menteri Haji, Dr Bandar Bin Mohammed Hajjar, di Jeddah, Arab Saudi, semalam bagi membincangkan perihal jemaah haji Singapura.
Dalam mesyuarat itu, dua pemimpin itu telah membincangkan tentang aturan bagi jemaah Singapura yang bakal menunaikan haji pada Ogos ini serta isu operasi lain bagi Singapura sempena musim haji yang akan tiba.