Yaacob teroka usaha pendigitalan, pemeliharaan arkib dalam lawatan ke NZ, Australia
Premium
Yaacob teroka usaha pendigitalan, pemeliharaan arkib dalam lawatan ke NZ, Australia
Apr 3, 2018 | 5:30 AM
TINJAU USAHA PENDIGITALAN: Dr Yaacob memerhatikan filem lama di arkib filem, televisyen dan bunyi New Zealand, Nga Taonga Sound & Vision. - Foto FACEBOOK / DR YAACOB IBRAHIM -
ISU keselamatan siber dan ekonomi digital merupakan antara perkara utama yang dibincangkan Menteri Perhubungan dan Penerangan merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi Keselamatan Siber, Dr Yaacob Ibrahim, bersama rakan kerjanya semasa lawatannya ke Australia dan New Zealand, minggu lalu.
Menerusi laman Facebook beliau semalam, Dr Yaacob berkata beliau telah berkunjung ke pelbagai perpustakaan dan institusi di Canberra, Australia dan Wellington, New Zealand untuk memahami dengan lebih dekat tentang usaha pendigitalan dan pemeliharaan arkib negara mereka.

