Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Yayasan Goh ikrar $6.35j tingkat jagaan pesakit tenat

Dec 13, 2022 | 5:30 AM
KELIBAT JUARA: Mikel Arteta (kiri) meraikan kemenangan Arsenal 3-1 ke atas West Ham bersama Bukayo Saka di Stadium Emirates.
KELIBAT JUARA: Mikel Arteta (kiri) meraikan kemenangan Arsenal 3-1 ke atas West Ham bersama Bukayo Saka di Stadium Emirates. - EPA-EFE

YAYASAN Goh menjanjikan $6.35 juta kepada Pusat Sokongan dan Penjagaan Paliatif SingHealth Duke-NUS semalam untuk meningkatkan perkhidmatan bagi pesakit yang sakit tenat dan parah di Singapura.

Hanya kira-kira empat daripada 10 orang yang meninggal dunia di sini setiap tahun menerima perkhidmatan penjagaan paliatif pakar.

Perkhidmatan tersebut membantu meningkatkan kualiti hidup bagi pesakit yang menghadapi penyakit yang mengancam nyawa dengan melegakan penderitaan, kata SingHealth Duke-NUS dalam satu kenyataan semalam.

Pusat perubatan itu berkata dana daripada yayasan itu akan disalurkan untuk menubuhkan Inovasi Yayasan Goh dalam Program Sokongan dan Penjagaan Paliatif, yang akan mengkaji keberkesanan dan kelaksanaan program bimbingan kesihatan baru untuk pesakit barah.

Dr Tan Eng Liang, ahli lembaga Yayasan Goh, berkata program itu akan meningkatkan akses kepada sokongan dan penjagaan paliatif dalam masyarakat supaya pesakit disokong dengan lebih baik ketika mereka menangani cabaran hidup dengan barah.

Daripada 9,000 pesakit di Singapura yang menerima rawatan paliatif antara April 2020 dan Mac 2021, tempoh purata rawatan paliatif untuk mereka yang dimasukkan ke hospital adalah 11 hari sebelum mereka meninggal dunia, kata Singhealth Duke-NUS.

Sementara itu, tempoh penjagaan paliatif bagi mereka yang berada di hospis adalah 38 hari sebelum mereka meninggal dunia, tambahnya.

"Ini menunjukkan bahawa penjagaan paliatif diakses sangat lewat dalam perjalanan pesakit," kata Penolong Profesor Grace Yang, pengarah penyelidikan di Pusat Sokongan dan Penjagaan Paliatif SingHealth Duke-NUS.

Pesakit barah di Pusat Barah Nasional Singapura (NCCS) akan menjadi golongan pertama yang akan bermanfaat daripada program itu.

"Menghadapi diagnosis penyakit yang mengancam nyawa adalah menyedihkan.

"Kami mahu memperkasakan pesakit barah, supaya mereka boleh membuat keputusan penjagaan kesihatan mengikut pilihan peribadi mereka.

"Sumbangan dari Yayasan Goh akan membolehkan lebih ramai pesakit mendapat sokongan yang mereka perlukan, supaya mereka lebih bersedia untuk menghadapi beban fizikal, psikologi dan emosi penyakit itu," ujar Ketua Eksekutif NCSS William Hwang.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg